~SeLaMaT dAtAnG & tErImA KaSiH~ ~WeLcOmE & ThAnK yOu~ ~ShArInG iS cArInG~
Berpeganglah pada dua tali ALLAH..(al-Quran dan al-Hadith)
(^_^) (^_^) feel free to play n stop the music (^_^) (^_^)

SARANAN PELABURAN EMAS

Tuesday

kemana hilangnya semangatku...

Terlalu malas untuk menukar tetapan...ke mana hilang semangatku... ya Allah ya Tuhanku...ampuni daku, rahmati daku, kembalikan semangatku...

kebiasaannya semua di antara kita akan melakukan sesuatu yang di luar kebiasaan apabila hati tak tenteram atau yang sewaktu dengannya. contohnya: ada yg mkn makin berselera (woih! :)) atau selera terencat, makin byk tido atau tak bleh tdo, asyik kluar jln2 atau memerap dlm rmh, kurang bercakap atau makin kuat membebel, tibanya musim luruh-autumn(rerambut :p), kepala pusing dan bermacam-macam lg le..

and for me, i'll lost my appetite, then sometime 'autumn' came :p, trying to hibernate more n more :p then i'll awake for qiamullail; as its the finest way to reconstruct n strengthen our heart no matter what happened..

well, actually how we absorb the bitterness of life is depends on us but do keep in mind that everything happened in this world are meant to us as we are walking on a thorny path towards our final journey. The Almighty Allah is always by our side.

Monday

Fata Morgana

Assalamualaikum...
ketika ini malam semakin larut... kita manusia hamba Allah yang bertuah diturunkan ke dunia. Penuh ujian dan dugaan walau perjalanan ini sebenarnya singkat terasa lama mengheret pelbagai emosi. Alangkah beruntungnya kita andainya yang kita cari dan kejar berhasil dicapai, namun kita sentiasa alpa bahawa pencarian sebenar kita ialah "KeredhaanNYA". Seandainya semua makhluk ciptaan Allah di dunia ini bisa berbicara pasti yang paling banyak akan menyumpah seranah manusia kerana kebiadaban mereka kepada Tuhan pencipta alam dalam sehari-hari. Kembalilah kita kepada janji-janji kita:

RUKUN ISLAM
1. mengucap dua kalimah syahadah.
    "Aku bersaksi tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah."
    "Aku bersaksi Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah."
2. Solat 5 waktu sehari semalam.
3. Berpuasa di bulan Ramadhan.
4. Menunaikan zakat.
5. Mengerjakan Haji bagi yang berkemampuan.

RUKUN IMAN
1. Percaya kepada Allah.
2. Percaya kepada Nabi-nabi dan Rasul-rasul.
3. Percaya kepada Malaikat-malaikat.
4. Percaya kepada Kitab-kitab Allah.
5. Percaya kepada Hari Kiamat.
6. Percaya kepada Qada' dan Qadar Allah.

Apa gunanya sekiranya janji-janji ini hanya sekadar siulan di bibir. Bangkitlah kembalilah kepada Tuhanmu semampumu. Ingatilah Tuhanmu nescaya Dia akan ingat padamu, Bersyukurlah padaNYA nescaya ditambahkan nikmat kepadamu, dekatilah DIA nescaya DIA takkan meninggalkanmu.


Tajuk : Fata Morgana
Album : Rindu
Munsyid : Hijjaz

Sudah menjadi lumrah kehidupan di dunia
Cabaran dan dugaan mendewasakan usia
Rintangan dilalui tambah pengalaman diri
Sudah sunnah ketetapan ilahi

Deras arus dunia menghanyutkan yang terleka
Indah fatamorgana melalaikan menipu daya
Dikejar dicintai bak bayangan tak bertepi
Tiada sudahnya dunia yang dicari

Begitu indah dunia siapa pun tergoda
Harta pangkat dan wanita melemahkan jiwa
Tanpa iman dalam hati kita kan dikuasai
Syaitan nafsu dalam diri musuh yang tersembunyi

Pulanglah kepada tuhan
Cahaya kehidupan
Keimanan ketaqwaan kepadanya
Senjata utama

Sabar menempuh jalan tetapkan iman di hati
Yakinkan janji tuhan syurga yang sedia menanti
Imanlah penyelamat dunia penuh pancaroba
Hidup akhirat kita kekal selamanya 

Aktifkan Windows Aero Effects on Windows 7

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pernahkah anda atau kawan anda rasa iri hati dengan efek aero yang ada pada windows vista atau windows 7 komputer rakan anda tidak dapat diaktifkan pada laptop atau komputer anda kerana "Windows experience index" komputer anda ialah 1.
Pernahkah anda tertanya-tanya boleh atau tidak ia diaktifkan walaupun komputer anda tidak menepati ketetapan "Windows experience index" yang mesti melebihi 1?
Jawapannya: Ya, boleh.
Cuma anda perlu melakukan beberapa perubahan pada system regestry anda dan semuanya akan diaktifkan :D

Caranya:
1. Untuk optimum update DirectX anda kepada yang terkini.

2. Klik Start menu dan taip pada "Search program and files" : regedit
Ini ialah untuk mebuka Registry Editor.
3. Terus navigasi ke folder DWM
HKEY_CURRENT_USER > Software > Microsoft > Windows > DWM
(HKEY_CURRENT_USER\Software\Microsoft\Windows\DWM)

(Jika folder DWM tiada, anda perlu membinanya dengan klik kanan pada Windows, pilih New > Key. Namakan key yang baru ini sebagai DWM.)

3. Pada penal sebelah kanan DWM, binakan 3 DWORD (32-bit value) yang baru dengan value data 0:
UseMachineCheck
Blur
Animations

4. Setelah semuanya telah dilakukan tutup Registry Editor.

5. Klik Start menu dan taip pada "Search program and files" : services.msc
Ini ialah untuk mebuka Services.
Pilih "Desktop Window Manager Session Manager" dan Restart.
Tutup "Services".

6. Aktifkan efek Windows Aero anda dengan klik kanan pada desktop andan dan pilih Personalize dan seterusnya pilih mana-mana Aero Themes.
Restart komputer anda jika perlu.

Itu saja selamat mencuba :D