~SeLaMaT dAtAnG & tErImA KaSiH~ ~WeLcOmE & ThAnK yOu~ ~ShArInG iS cArInG~
Berpeganglah pada dua tali ALLAH..(al-Quran dan al-Hadith)
(^_^) (^_^) feel free to play n stop the music (^_^) (^_^)

SARANAN PELABURAN EMAS

Friday

Biarlah Duka Itu Berlalu...

Banyak mata yang terjaga,
Banyak pula yang tertidur lelap,
Memikirkan persoalan yang sudah dan akan terjadi,
Kita manusia kan sentiasa diuji,
Tiggalkanlah rasa duka semampumu,
Kerna memikul beban duka bisa membuatmu gila,

Sucikan dirimu dengan wudhuk,
Bacalah Al-Quran,
Fahamilah isinya,
Hayatilah pengajarannya,
Mukjizat ulung dari ALLAH Yang Maha Esa,

Sujudlah padaNYA,
Bawalah dirimu kepada PENCIPTAmu,
DIAkan tetap setia menantimu,
Walau apa keadaanmu, siapapun dirimu,
Kelmarin ALLAH telah menolongmu,
Percayalah esok pun DIA tetap akan menolongmu.
~emoesea~

Monday

Cinta Hatiku

tidak kuharapkan segah Fatimah Az Zahra Penghulu Wanita Semesta Alam,
tidak kuharapkan sehebat Siti Khadijah Al Kubra,
tidak kuharapkan sebijak setinggi ilmu Aisyah Humaira,
tidak kuharapkan seindah Zulaikha,
cukuplah sekadar penyenang hatiku,
di dunia dia penemanku setiap ketika,
di akhirat menantiku di pintu syurga,
dia pemegang kunci hatiku..

hadirnya tanpa dipaksa,
membenih tumbuh di tengah kekeringan,
dek kerna seulas senyummu,
teguh di situ berakar umbi semakin menaung,
rahsianya tetap tersimpan sehingga suatu masa,

naungnya bukan sekadar awan berarak mendung,
yang berlalu sekadar ditiup bayu,
naungnya tetap di situ,
menanti tanpa jemu,
apakan mungkin dirimu hadir berteduh di situ,

biar masa berlalu pergi ia kan tetap di situ,
menaungi tanpa jemu,
selagi tidak dijemput Ilahi,
walau dibalingi dan dilontari,
walau tak dibajai,
ia kan tetap teguh utuh...
~emoesea~

Saturday

android oh android...

Assalamualaikum and best wishes to all who are reading, if there is one... :)

for the past few weeks i've trying to have a peek on android gadget, something like maylong or flytouch. not only plying around with it but rather trying to upgrade or doing some tweaks :P
everything seems very interesting and very amuse with the OS and applications. but this maylong/flytouch use a low processor Wonder Media 8505, so the programs run a little bit lag... never mind that... so then i start googling something more about it. and found the upgrading steps. but as reckless i did, i brick the first one when trying to upgrade to froyo 2.2 with wrong script uuuuu.......... :( luckily i bought 2 of them so i can try to figure how to reflash it back to the previous version.. :) for those who are really android addict or want to know more about android just visit this site: http://tipstir.the-talk.net/ it a site with everything you need to know about android. here you can learn how to upgrade, downgrade or install applications on your android. try it and you will love it :)

Thursday

kepelbagaian sistem operasi

assalamualaikum dan salam sejahtera...
setiap kali kena virus kawan2 mintak tlg settle sama ada clean, fix or reformat operating system (OS). Dan ada jugak yang dh naik bosan dengan virus sambil bertanya : "Takde ke komputer yang tak kena virus, takde ke windows (maksudnya OS) yang takde virus?".... n lain-lain yang seumpamanya...
so... my answer will be : ada tak benda atau sesuatu yang kat dunia ni sempurna tiada cacat celanya?
and of course, if u ask anybody they will also say NO. and actually it always NO.
kenapa? sebab kat dunia ni Allah Yang Maha Bijaksana telah menciptakan pasangan bagi setiap sesuatu, termasuklah jugak perisian komputer, ada yang baik ada yang buruk, ada virus dan antivirus, ada yang biasa orang guna dan ada yang jarang orang guna..
kalau anda inginkan OS yang paling rendah risiko virusnya silakan menggunakan OS daripada platform linux. kenapa? kerana kebanyak virus yang ada dibangunkan melalui sistem windows dan ditujukan kepada sistem windows (kerana majoriti pengguna komputer seluruh dunia menggunakan windows.)
terdapat pelbagai pilihan sistem linux ketika ini yang menarik, mesra pengguna dan mempunyai pakej lengkap setanding windows atau mac. Contoh-contoh OS yang dibangunkan dari linux ialah Red Hat, OpenSuse, Mandriva, Fedora, BackTrack, Ubuntu dan bermacam-macam lagi. selain kelebihannya yang selamat dari virus, sistem operasi ini juga lebih ringan, stabil, laju dan paling penting PERCUMA :D
tambahan lagi anda boleh cuba mana-mana OS Linux untuk mengujinya tanpa install terlebih dahulu, cuma dapatkan live cd OS tersebut dan semuanya akan dapat anda bezakan :D

Yang paling kita perlukan dalam kehidupan ialah adanya seseorang yang selalu memberi semangat untuk melaksanakan hal-hal yang dapat kita kerjakan. (Davey John Schwartz)

Monday

Nabi Muhammad pernah bersabda, (Amal yang paling disukai Allah adalah amal yang dilakukan secara terus menerus sekalipun sedikit (HR Bukhari dan Muslim daripada Aisyah)


Jangan takut dan segan untuk setiap tindakan yang anda lakukan.Seluruh kehidupan adalah satu ujian.

Thursday

If you do not have complete knowledge about anything, better keep your mouth shut. You might think that speaking about something without full knowledge is a trivial matter. But it might have grave consequences [24/15-16]

Tuesday

KIAMAT SANGAT HAMPIR!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..


Gempar seluruh dunia bila Negara Jepun yang sinonim dengan Negara Matahari Terbit telah jatuh ditimpa tangga, dengan tiga bala besar yang melanda negara tersebut.

Sebelum ini Jepun sering dilanda gempa bumi dan tsunami, namun tahun ini letupan loji nuklear menambahkan lagi kesengsaraan mangsa negara tersebut. Kawasan yang terlibat musnah teruk dan ramai yang kehilangan nyawa. Insiden nuklear ini menggamit kenangan bom atom perang dunia kedua yang memberi kesan yang panjang kepada penduduk Jepun. Semoga mereka semua mendapat bantuan yang sepatutnya dari seluruh dunia.

Memburukkan lagi keadaan ialah radiasi daripada letupan loji nuklear turut merebak ke ruang udara kawasan asia. Jadi, ingat semua kalau hujan turun pada hari ini jangan le suka-suka nak main hujan nanti rosak kulit, gugur rambut, dan boleh menyebabkan kanser, sebab hujan yang turun ini dikhuatiri hujan asid yang dicemari oleh sisa letupan nuklear di Fukumi, Jepun. Kalau nak juga meredah hujan pastikan anda memeakai baju hujan atau payung untuk melindungi anda.

Semua ini adalah bukti nyata yang dunia semakin hampir ke penghujungnya. Marilah kita sama-sama berusaha menjaga segala amalan kita agar terjamin kehidupan kita di alam Akhirat.
"This day and your life ... are God's gift to you,
so give thanks and be joyful always!"
Author Unknown

Monday

teruskan melabur untuk jangka masa pendek dan panjang : EMAS dan PERAK vol 2

SOUND AND SOLID

TO SAVE YOUR FAMILY, BUY GOLD
TO HELP YOUR NATION, KEEP GOLD
TO FOLLOW YOUR RELIGION, USE GOLD

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua :) its been a while not typing anything to this page. ok lets continue with gold investment.

Sekiranya anda adlah seorang yang bijak, pasti anda akan memilih untuk menyimpan atau melabur dalam EMAS kerana:

1. Kenaikan atau keuntungannya setiap tahun adalah tinggi berbanding pelaburan lain seperti ASB (7% - 8%), Mutual Fund (7% - 15% varies) atau yang seumpamanya. Tetapi keuntungan (kenaikan) EMAS ialah diantara 27% - 45% setahun.
2. Tiada Tempoh Matang untuk pelaburan EMAS, bila-bila masa yang dirasakan sesuai itulah tempoh matangnya :)
3. Tidak memerlukan cara yang sukar untuk menguruskan - BELI dan SIMPAN (di rumah atau bank).
4. Tidak perlu orang tengah.
5. Emas boleh dipajak bila-bila masa jika ada kesuntukan atau keperluan dan masih lagi menjadi milik anda bila ditebus.

Simpanan di bank lebih selamat berbanding di rumah. Simpanan bank dalam bentuk nilai matawang hanya memberikan pulangan yang sedikit bagi penyimpan, tetapi jika menyimpan dalam bentuk EMAS, pulangan tahunan amat tinggi berbanding simpanan dalam bentuk matawang.


Jadi apa tunggu lagi rakan-rakan cepat, bertukarlah kepada pelaburan emas. kalau nak tahu lebih lanjut jangan segan jangan malu untuk meninggalkan jejak anda di ruangan Guestbook/Chatting/aPa NaK dIkAtA.

KERTAS KERJA PELABURAN EMAS

Credit to www.jutawanemas.com

Friday

teruskan melabur untuk jangka masa pendek dan panjang : EMAS dan PERAK

ABU BAKAR IBN ABI MARYAM MELAPORKAN BAHAWABELIAU MENDENGAR RASULALLAH S.A.W. BERSABDA: " AKAN TIBA SUATU ZAMAN DI MANA TIADA PA YANG TINGGAL DAN BOLEH DIGUNAKAN OLEH MANUSIA, MAKA SIMPANLAH DINAR DAN DIRHAM." (MUSNAD IMAM AHMAD IBN HAMBAL)




Alhamdulillah cuaca hari ini diluar sana baik dan indah walaupun hati masih suram hidup perlu diteruskan. So guys, today i'm going to share with you all my least of knowledge about investment for the our future and of course for our family future (macam la aku ni hebat sangat :P) takpe la at least kita kongsi apa yang kita tahu walaupun sikit semoga berguna kan... that always be in my head, you don't need to be a teacher or lecturer if you want to share some knowledge, am i right? :D

okay back to the topic of investment. nowadays there are a lot kind of investment we can choose; savings, trust fund, fixed deposit, invest with friend's or other's business, build up own business, property & real estate and many more... Tapi apa yang nak saya kongsikan ialah pelaburan EMAS dan PERAK yang jelas terzahir Al-Quran dan Hadith keutuhannya. Sehinggakan orang bukan Islam juga berlumba-lumba memiliki emas. 
Kenapa?
~ EMAS DIIKTIRAF SELURUH DUNIA.
~ HARGA EMAS STABIL DARI DULU HINGGA SEKARANG.
~ HARGA EMAS SENTIASA NAIK DAN KALAU TURUN SEDIKIT SAHAJA.
~ EMAS TIDAK DITELAN ZAMAN, DULU LAKU SEKARANG TETAP LAKU (sebaliknya matawang dahulu tidak lagi laku untuk jual beli sekarang).
~ PURATA KENAIKAN HARGA EMAS SETIAP TAHUN IALAH 30%.
~ EMAS MAMPU MELINDUNGI KEKAYAAN ANDA.
~ UNTUK TEMPOH 11 TAHUN KENAIKAN EMAS SUDAH MENJANGKAU 460% (LEBIH 4 KALI GANDA!)

Kegunaan emas:
~ BOLEH DIGUNAKAN UNTUK JUAL BELI.
~ BOLEH DIGUNAKAN UNTUK MEMBAYAR ZAKAT.
~ BOLEH DIGUNAKAN UNTUK MAS KAHWIN.
~ BOLEH DIBERIKAN SEBAGAI HADIAH/CENDERAMATA.
~ BOLEH DISIMPAN SEBAGAI SIMPANAN JANGKA PENDEK DAN PANJANG.

to be continued.... 

Tuesday

apakah dia menyintaimu


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua... dah lama tak menaip kt sini, ari ni sebenarnya malas jugak tapi dah bosan yang amat jadi terjenguk blog si iza, jd kopipes je la... sori iza kawan malas n xde mood nak menaip cuma nak kongsi apa yang bagi saya menarik kot untuk semua :)

ni kalau le nak tahu adakah benar dia menyintai dan menyayangimu:

1) Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.

2) Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.

3) Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.

4) Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.

5) Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘selamat pagi’, ‘selamat hari minggu’, ‘selamat tidur’, ‘take care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.

6) Jika kamu menyambut hari jadi dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.

7) Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya pasti berkaca. Kerana saat bersamamu itu tidak boleh berulang selalu.

8) Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. Kerana dia menyematkan kata-katamu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? Pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.

9) Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu – kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya dia berjaya.

10) Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu – kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.

11) Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.

12) Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.

13) Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.

14) Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.

15) Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu dan jauh.Dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh dimata, dekat dihati?’

16) Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.

17) Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.

18) Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.

19) Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dengan sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia! Bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. Dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.

20) Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.

21) Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.

22) Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain, dia sentiasa menunggu kamu.

23) Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. Saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.

Wednesday

Word of wisdom

Keep your gazes lowered devoid of any lecherous leers and salacious stares [24/30-31, 40/19].


"Happiness is always within ur heart, seek it through His guidance, as He always be there for u" - EM




"Don't let mere sand on ur your shoe stops u from keep on walking through the haze... " - EM

tambah sikit lg... tables in table

sikit2 lama2 siap la agaknya blog yg dh bkurun ni...

ok ke tak ok? harap2 ok le... hari ni saya nak kongsikan penggunaan kod html untuk pembinaan jadual, kotak atau tables. kenapa? why? sebab kadang-kala ruangan widget yang disediakan kurang sesuai dengan kandungan yang cuba kita masukkan. contoh penggunaan tables in table ialah seperti ruangan Al-Quran dan Hadith di atas. mungkin anda ada cara yang tersendiri yang lebih baik, tapi ni je la yang saya terfikir ;p sebab dah hampir 10 tahun dh tak ngadap benda nih lps blajar dulu muahahaha :D

macam mana caranya? mudah saja:
untuk jadual 1X2; 1 baris 2 kolum.

<table border=2>
<tr><td>masukkan data 1 anda di sini</td><td>masukkan data 2 anda di sini</td></tr>
</table>

petunjuk: tr=table row; td=table data

dan ini akan menghasilkan
anda boleh mengubah
warna bingkai(border) : bordercolor=
jarak antara kotak dan kotak: cellspacing=
jarak antara data dan dinding kotak: cellpadding=

dan macam-macam lagi dengan menggunakan kod-kod html yang lain, sbb klau nak cerita semua kat sini panjang tu...

jangan malas-malas nak merayau kat google tu, lagi banyak boleh cari dan pelajari.

Tuesday

ubah tetapan sikit...Google Analytics

Assalamualaikum...dah lama tak ubah tetapan... put some widgets n a song as bg music, but you can always play or stop it as you like :) will change the bg and other setting next time...

sebenarnya terdapat byk widget atau add ons yg boleh dimanafaatkan oleh blogger contohnya tayangan gambar, radio, video, pautan, jam, kalendar dan bermacam-macam lg..

hari ini cuba kita lihat mcm mana nak gunakan perkhidmatan analisis percuma iaitu Google Analytics pada blog. mungkin ramai yang dh tahu sebab kemudahan ini dah lama wujud, kalau tak silap dh beberapa tahun yg lapas. Apapun mari kita kongsi pengetahuan yang ada..Kemudahan percuma ini amat berguna untuk kita mengetahui perkembangan laman web kita; dr mana atau ke mana pengunjung kita, apa yg dilihat dan sebagainya.

cara memasangnya:
1. sila kunjungi laman Google Analytics, buka satu akaun (tetapi jika dah ada akaun google tak perlu daftar akaun baru) dan log masuk ke akaun Google Analytics.
2. pilih dan tekan menu "ADD NEW ACCOUNT".
3. teruskan mendaftar dan isi semua bahagian yg diperlukan sehingga selesai dan anda akan diberikan satu blok "java script" untuk ditampal (paste) pada template blog anda.
4. salin (copy) java script tersebut dan log masuk ke blog anda di bahagian Design>Edit html, tandakan "Expand Widget Templates".
5. cari bahagian ini

</div> </div>
<!– end outer-wrapper –>
(masukkan kod java script Google Analytics anda di sini!!!)
</body>
</html>

6. save templates dan tunggu beberapa ketika untuk Google Analytics menganalisis web anda dan kemudian itu dia anda sudah siap :D

selamat mencuba...

may Allah guide us and bestow upon us His blessings.

rujukan: banyak.... search je guna google tu pasti jumpa ;D