~SeLaMaT dAtAnG & tErImA KaSiH~ ~WeLcOmE & ThAnK yOu~ ~ShArInG iS cArInG~
Berpeganglah pada dua tali ALLAH..(al-Quran dan al-Hadith)
(^_^) (^_^) feel free to play n stop the music (^_^) (^_^)

SARANAN PELABURAN EMAS

Tuesday

"This day and your life ... are God's gift to you,
so give thanks and be joyful always!"
Author Unknown

Monday

teruskan melabur untuk jangka masa pendek dan panjang : EMAS dan PERAK vol 2

SOUND AND SOLID

TO SAVE YOUR FAMILY, BUY GOLD
TO HELP YOUR NATION, KEEP GOLD
TO FOLLOW YOUR RELIGION, USE GOLD

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua :) its been a while not typing anything to this page. ok lets continue with gold investment.

Sekiranya anda adlah seorang yang bijak, pasti anda akan memilih untuk menyimpan atau melabur dalam EMAS kerana:

1. Kenaikan atau keuntungannya setiap tahun adalah tinggi berbanding pelaburan lain seperti ASB (7% - 8%), Mutual Fund (7% - 15% varies) atau yang seumpamanya. Tetapi keuntungan (kenaikan) EMAS ialah diantara 27% - 45% setahun.
2. Tiada Tempoh Matang untuk pelaburan EMAS, bila-bila masa yang dirasakan sesuai itulah tempoh matangnya :)
3. Tidak memerlukan cara yang sukar untuk menguruskan - BELI dan SIMPAN (di rumah atau bank).
4. Tidak perlu orang tengah.
5. Emas boleh dipajak bila-bila masa jika ada kesuntukan atau keperluan dan masih lagi menjadi milik anda bila ditebus.

Simpanan di bank lebih selamat berbanding di rumah. Simpanan bank dalam bentuk nilai matawang hanya memberikan pulangan yang sedikit bagi penyimpan, tetapi jika menyimpan dalam bentuk EMAS, pulangan tahunan amat tinggi berbanding simpanan dalam bentuk matawang.


Jadi apa tunggu lagi rakan-rakan cepat, bertukarlah kepada pelaburan emas. kalau nak tahu lebih lanjut jangan segan jangan malu untuk meninggalkan jejak anda di ruangan Guestbook/Chatting/aPa NaK dIkAtA.

KERTAS KERJA PELABURAN EMAS

Credit to www.jutawanemas.com

Friday

teruskan melabur untuk jangka masa pendek dan panjang : EMAS dan PERAK

ABU BAKAR IBN ABI MARYAM MELAPORKAN BAHAWABELIAU MENDENGAR RASULALLAH S.A.W. BERSABDA: " AKAN TIBA SUATU ZAMAN DI MANA TIADA PA YANG TINGGAL DAN BOLEH DIGUNAKAN OLEH MANUSIA, MAKA SIMPANLAH DINAR DAN DIRHAM." (MUSNAD IMAM AHMAD IBN HAMBAL)




Alhamdulillah cuaca hari ini diluar sana baik dan indah walaupun hati masih suram hidup perlu diteruskan. So guys, today i'm going to share with you all my least of knowledge about investment for the our future and of course for our family future (macam la aku ni hebat sangat :P) takpe la at least kita kongsi apa yang kita tahu walaupun sikit semoga berguna kan... that always be in my head, you don't need to be a teacher or lecturer if you want to share some knowledge, am i right? :D

okay back to the topic of investment. nowadays there are a lot kind of investment we can choose; savings, trust fund, fixed deposit, invest with friend's or other's business, build up own business, property & real estate and many more... Tapi apa yang nak saya kongsikan ialah pelaburan EMAS dan PERAK yang jelas terzahir Al-Quran dan Hadith keutuhannya. Sehinggakan orang bukan Islam juga berlumba-lumba memiliki emas. 
Kenapa?
~ EMAS DIIKTIRAF SELURUH DUNIA.
~ HARGA EMAS STABIL DARI DULU HINGGA SEKARANG.
~ HARGA EMAS SENTIASA NAIK DAN KALAU TURUN SEDIKIT SAHAJA.
~ EMAS TIDAK DITELAN ZAMAN, DULU LAKU SEKARANG TETAP LAKU (sebaliknya matawang dahulu tidak lagi laku untuk jual beli sekarang).
~ PURATA KENAIKAN HARGA EMAS SETIAP TAHUN IALAH 30%.
~ EMAS MAMPU MELINDUNGI KEKAYAAN ANDA.
~ UNTUK TEMPOH 11 TAHUN KENAIKAN EMAS SUDAH MENJANGKAU 460% (LEBIH 4 KALI GANDA!)

Kegunaan emas:
~ BOLEH DIGUNAKAN UNTUK JUAL BELI.
~ BOLEH DIGUNAKAN UNTUK MEMBAYAR ZAKAT.
~ BOLEH DIGUNAKAN UNTUK MAS KAHWIN.
~ BOLEH DIBERIKAN SEBAGAI HADIAH/CENDERAMATA.
~ BOLEH DISIMPAN SEBAGAI SIMPANAN JANGKA PENDEK DAN PANJANG.

to be continued.... 

Tuesday

apakah dia menyintaimu


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua... dah lama tak menaip kt sini, ari ni sebenarnya malas jugak tapi dah bosan yang amat jadi terjenguk blog si iza, jd kopipes je la... sori iza kawan malas n xde mood nak menaip cuma nak kongsi apa yang bagi saya menarik kot untuk semua :)

ni kalau le nak tahu adakah benar dia menyintai dan menyayangimu:

1) Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.

2) Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.

3) Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.

4) Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.

5) Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘selamat pagi’, ‘selamat hari minggu’, ‘selamat tidur’, ‘take care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.

6) Jika kamu menyambut hari jadi dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.

7) Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya pasti berkaca. Kerana saat bersamamu itu tidak boleh berulang selalu.

8) Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. Kerana dia menyematkan kata-katamu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? Pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.

9) Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu – kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya dia berjaya.

10) Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu – kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.

11) Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.

12) Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.

13) Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.

14) Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.

15) Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu dan jauh.Dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh dimata, dekat dihati?’

16) Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.

17) Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.

18) Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.

19) Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dengan sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia! Bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. Dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.

20) Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.

21) Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.

22) Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain, dia sentiasa menunggu kamu.

23) Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. Saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.