~SeLaMaT dAtAnG & tErImA KaSiH~ ~WeLcOmE & ThAnK yOu~ ~ShArInG iS cArInG~
Berpeganglah pada dua tali ALLAH..(al-Quran dan al-Hadith)
(^_^) (^_^) feel free to play n stop the music (^_^) (^_^)

SARANAN PELABURAN EMAS

Thursday

kepelbagaian sistem operasi

assalamualaikum dan salam sejahtera...
setiap kali kena virus kawan2 mintak tlg settle sama ada clean, fix or reformat operating system (OS). Dan ada jugak yang dh naik bosan dengan virus sambil bertanya : "Takde ke komputer yang tak kena virus, takde ke windows (maksudnya OS) yang takde virus?".... n lain-lain yang seumpamanya...
so... my answer will be : ada tak benda atau sesuatu yang kat dunia ni sempurna tiada cacat celanya?
and of course, if u ask anybody they will also say NO. and actually it always NO.
kenapa? sebab kat dunia ni Allah Yang Maha Bijaksana telah menciptakan pasangan bagi setiap sesuatu, termasuklah jugak perisian komputer, ada yang baik ada yang buruk, ada virus dan antivirus, ada yang biasa orang guna dan ada yang jarang orang guna..
kalau anda inginkan OS yang paling rendah risiko virusnya silakan menggunakan OS daripada platform linux. kenapa? kerana kebanyak virus yang ada dibangunkan melalui sistem windows dan ditujukan kepada sistem windows (kerana majoriti pengguna komputer seluruh dunia menggunakan windows.)
terdapat pelbagai pilihan sistem linux ketika ini yang menarik, mesra pengguna dan mempunyai pakej lengkap setanding windows atau mac. Contoh-contoh OS yang dibangunkan dari linux ialah Red Hat, OpenSuse, Mandriva, Fedora, BackTrack, Ubuntu dan bermacam-macam lagi. selain kelebihannya yang selamat dari virus, sistem operasi ini juga lebih ringan, stabil, laju dan paling penting PERCUMA :D
tambahan lagi anda boleh cuba mana-mana OS Linux untuk mengujinya tanpa install terlebih dahulu, cuma dapatkan live cd OS tersebut dan semuanya akan dapat anda bezakan :D

Yang paling kita perlukan dalam kehidupan ialah adanya seseorang yang selalu memberi semangat untuk melaksanakan hal-hal yang dapat kita kerjakan. (Davey John Schwartz)

Monday

Nabi Muhammad pernah bersabda, (Amal yang paling disukai Allah adalah amal yang dilakukan secara terus menerus sekalipun sedikit (HR Bukhari dan Muslim daripada Aisyah)


Jangan takut dan segan untuk setiap tindakan yang anda lakukan.Seluruh kehidupan adalah satu ujian.

Thursday

If you do not have complete knowledge about anything, better keep your mouth shut. You might think that speaking about something without full knowledge is a trivial matter. But it might have grave consequences [24/15-16]

Tuesday

KIAMAT SANGAT HAMPIR!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..


Gempar seluruh dunia bila Negara Jepun yang sinonim dengan Negara Matahari Terbit telah jatuh ditimpa tangga, dengan tiga bala besar yang melanda negara tersebut.

Sebelum ini Jepun sering dilanda gempa bumi dan tsunami, namun tahun ini letupan loji nuklear menambahkan lagi kesengsaraan mangsa negara tersebut. Kawasan yang terlibat musnah teruk dan ramai yang kehilangan nyawa. Insiden nuklear ini menggamit kenangan bom atom perang dunia kedua yang memberi kesan yang panjang kepada penduduk Jepun. Semoga mereka semua mendapat bantuan yang sepatutnya dari seluruh dunia.

Memburukkan lagi keadaan ialah radiasi daripada letupan loji nuklear turut merebak ke ruang udara kawasan asia. Jadi, ingat semua kalau hujan turun pada hari ini jangan le suka-suka nak main hujan nanti rosak kulit, gugur rambut, dan boleh menyebabkan kanser, sebab hujan yang turun ini dikhuatiri hujan asid yang dicemari oleh sisa letupan nuklear di Fukumi, Jepun. Kalau nak juga meredah hujan pastikan anda memeakai baju hujan atau payung untuk melindungi anda.

Semua ini adalah bukti nyata yang dunia semakin hampir ke penghujungnya. Marilah kita sama-sama berusaha menjaga segala amalan kita agar terjamin kehidupan kita di alam Akhirat.