~SeLaMaT dAtAnG & tErImA KaSiH~ ~WeLcOmE & ThAnK yOu~ ~ShArInG iS cArInG~
Berpeganglah pada dua tali ALLAH..(al-Quran dan al-Hadith)
(^_^) (^_^) feel free to play n stop the music (^_^) (^_^)

SARANAN PELABURAN EMAS

Showing posts with label Rindu. Show all posts
Showing posts with label Rindu. Show all posts

Tuesday

apakah dia menyintaimu


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua... dah lama tak menaip kt sini, ari ni sebenarnya malas jugak tapi dah bosan yang amat jadi terjenguk blog si iza, jd kopipes je la... sori iza kawan malas n xde mood nak menaip cuma nak kongsi apa yang bagi saya menarik kot untuk semua :)

ni kalau le nak tahu adakah benar dia menyintai dan menyayangimu:

1) Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.

2) Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.

3) Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.

4) Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.

5) Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘selamat pagi’, ‘selamat hari minggu’, ‘selamat tidur’, ‘take care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.

6) Jika kamu menyambut hari jadi dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.

7) Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya pasti berkaca. Kerana saat bersamamu itu tidak boleh berulang selalu.

8) Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. Kerana dia menyematkan kata-katamu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? Pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.

9) Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu – kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya dia berjaya.

10) Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu – kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.

11) Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.

12) Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.

13) Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.

14) Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.

15) Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu dan jauh.Dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh dimata, dekat dihati?’

16) Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.

17) Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.

18) Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.

19) Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dengan sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia! Bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. Dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.

20) Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.

21) Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.

22) Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain, dia sentiasa menunggu kamu.

23) Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. Saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.

Monday

Fata Morgana

Assalamualaikum...
ketika ini malam semakin larut... kita manusia hamba Allah yang bertuah diturunkan ke dunia. Penuh ujian dan dugaan walau perjalanan ini sebenarnya singkat terasa lama mengheret pelbagai emosi. Alangkah beruntungnya kita andainya yang kita cari dan kejar berhasil dicapai, namun kita sentiasa alpa bahawa pencarian sebenar kita ialah "KeredhaanNYA". Seandainya semua makhluk ciptaan Allah di dunia ini bisa berbicara pasti yang paling banyak akan menyumpah seranah manusia kerana kebiadaban mereka kepada Tuhan pencipta alam dalam sehari-hari. Kembalilah kita kepada janji-janji kita:

RUKUN ISLAM
1. mengucap dua kalimah syahadah.
    "Aku bersaksi tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah."
    "Aku bersaksi Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah."
2. Solat 5 waktu sehari semalam.
3. Berpuasa di bulan Ramadhan.
4. Menunaikan zakat.
5. Mengerjakan Haji bagi yang berkemampuan.

RUKUN IMAN
1. Percaya kepada Allah.
2. Percaya kepada Nabi-nabi dan Rasul-rasul.
3. Percaya kepada Malaikat-malaikat.
4. Percaya kepada Kitab-kitab Allah.
5. Percaya kepada Hari Kiamat.
6. Percaya kepada Qada' dan Qadar Allah.

Apa gunanya sekiranya janji-janji ini hanya sekadar siulan di bibir. Bangkitlah kembalilah kepada Tuhanmu semampumu. Ingatilah Tuhanmu nescaya Dia akan ingat padamu, Bersyukurlah padaNYA nescaya ditambahkan nikmat kepadamu, dekatilah DIA nescaya DIA takkan meninggalkanmu.


Tajuk : Fata Morgana
Album : Rindu
Munsyid : Hijjaz

Sudah menjadi lumrah kehidupan di dunia
Cabaran dan dugaan mendewasakan usia
Rintangan dilalui tambah pengalaman diri
Sudah sunnah ketetapan ilahi

Deras arus dunia menghanyutkan yang terleka
Indah fatamorgana melalaikan menipu daya
Dikejar dicintai bak bayangan tak bertepi
Tiada sudahnya dunia yang dicari

Begitu indah dunia siapa pun tergoda
Harta pangkat dan wanita melemahkan jiwa
Tanpa iman dalam hati kita kan dikuasai
Syaitan nafsu dalam diri musuh yang tersembunyi

Pulanglah kepada tuhan
Cahaya kehidupan
Keimanan ketaqwaan kepadanya
Senjata utama

Sabar menempuh jalan tetapkan iman di hati
Yakinkan janji tuhan syurga yang sedia menanti
Imanlah penyelamat dunia penuh pancaroba
Hidup akhirat kita kekal selamanya