setiap kali kena virus kawan2 mintak tlg settle sama ada clean, fix or reformat operating system (OS). Dan ada jugak yang dh naik bosan dengan virus sambil bertanya : "Takde ke komputer yang tak kena virus, takde ke windows (maksudnya OS) yang takde virus?".... n lain-lain yang seumpamanya...
so... my answer will be : ada tak benda atau sesuatu yang kat dunia ni sempurna tiada cacat celanya?
and of course, if u ask anybody they will also say NO. and actually it always NO.
kenapa? sebab kat dunia ni Allah Yang Maha Bijaksana telah menciptakan pasangan bagi setiap sesuatu, termasuklah jugak perisian komputer, ada yang baik ada yang buruk, ada virus dan antivirus, ada yang biasa orang guna dan ada yang jarang orang guna..
kalau anda inginkan OS yang paling rendah risiko virusnya silakan menggunakan OS daripada platform linux. kenapa? kerana kebanyak virus yang ada dibangunkan melalui sistem windows dan ditujukan kepada sistem windows (kerana majoriti pengguna komputer seluruh dunia menggunakan windows.)
terdapat pelbagai pilihan sistem linux ketika ini yang menarik, mesra pengguna dan mempunyai pakej lengkap setanding windows atau mac. Contoh-contoh OS yang dibangunkan dari linux ialah Red Hat, OpenSuse, Mandriva, Fedora, BackTrack, Ubuntu dan bermacam-macam lagi. selain kelebihannya yang selamat dari virus, sistem operasi ini juga lebih ringan, stabil, laju dan paling penting PERCUMA :Dtambahan lagi anda boleh cuba mana-mana OS Linux untuk mengujinya tanpa install terlebih dahulu, cuma dapatkan live cd OS tersebut dan semuanya akan dapat anda bezakan :D